(Khas buat guru-guru SEMASA)
Pada bahu ini,
Yang digelar cikgu,
Diletakkan seribu harapan,
Oleh itu ibu bapa yang datang tersenyum,
Dengan wajah yang tersenyum anak-anak dibawa,
Dengan harapan yang mengunung,
Disandar jua,
"Cikgu, anak saya tak pandai!",
"Wahai cikgu tunjukkan dia.",
"Berapa ribu sanggup saya sediakan.",
"Cuma diharap dia mara ke hadapan.",
"Maksudnya dalam pelajaran.",
Cikgu dengan wajah yang girang ria,
Terima tanggungjawab yang bukan kepalang,
Harapan besar akan ditunaikan.
Lalu anak-anak yang tiada dosanya,
Dicalit pelbagai warna,
Dicampur aduk dengan seribu ragam,
Di sekolah, guru kata situ,
Di rumah, ibu kata sini,
Banyak kali juga, tv kata sana,
Warna-warna itulah yang bercelaru dalam kepalanya,
Warna-warni itu yang menjadikan...
Cikgu kadang-kadang keliru dalam mendidik,
Kadang-kadang membuat ayah membisu,
Dan kepala menjadi satu.
Lalu pada bahu ini seorang guru,
Menyaksikan harapan yang tidak kunjung tiba,
Memilih warna yang semakin sukar diadunkan,
Dan setelah habis segalanya,
Jiwa raganya, semangat rohaninya,
Malah dirinya,
Diberikan untuk mendidik anak bangsa.
Di hari kejayaan si ibu berkata,
"Anak-anak saya pintar dan rajin.",
Dan di hari kegagalan, si ayah berkata,
"Cikgu malas-malas belaka.",
"Tidak pandai mengajar.",
"Lantas anak-anak saya gagal.",
Lantas anak saya gagal!!!",
Tak apalah cikgu,
Semua itu anak-anak orang,
Cikgu hanya menumpang tuah,
Sekiranya satu mas nanti bangsa ini dapat bangun,
Berdiri megah anak watan,
Semuanya jasa cikgu-cikgu,
Perjuangan cikgu takkan pernah padam,
TERIMA KASIH CIKGU,
Jasa kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat.
Nukilan: Atiekah, 3 Muslim, 2008
Diedit daripada: Majalah SEMASA, Jilid ke-13, 2008