AMANAT UNTUK ANAK WATAN

"Wahai anak-anak bangsa, perjuangan kalian bersama tanggungjawab besar baru bermula maka tetapkanlah hati, kuatkan azam dan semangat, luruskan niat, sesungguhnya kalian adalah harapan kami di SEMASA dan SAIL, harapan Ummah, harapan ibubapa kalian dan harapan ibu pertiwi. Bangunlah untuk kesejahteraan, jangan mundur ke belakang dan jangan sesekali berputus asa, kami senantiasa di belakang menopang bahu-bahu kami untuk tempat berpijak kalian semua dalam meraih kejayaan"

Rabu, 26 Mei 2010

Selamat Menjawab Dengan Baik

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Pada minggu ini SEMASA berada dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun. Oleh demikian kami di SAIL mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada warga pelajar SEMASA sekalian. Semoga anda semua buat yang terbaik, kami selaku senior-senior mendoakan kejayaan anda. 

Buat yang terbaik adik-adik sekalian!!!
Gambar dari blog Bakti Disemai Budi Dituai

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Hari Guru!





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sekalian guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang mengajar di SMK Sultan Abdullah.

Dalam tempoh beberapa hari lagi akan tiba satu hari di mana ia adalah hari bahagia buat sekalian guru. Hari apa kalau tak bukan Hari Guru. Hari di mana para guru dirai dan dihargai jasanya. Oleh demikian saya mewakili sekalian ahli Sahabat Ilmu (SAIL) ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru sekalian terutama sekali guru-guru di SMKSA/SEMASA.

Guru, dari tanganmu, muncul anak-anak bangsa. 

Hasil daripada cahaya yang kau beri pada mereka.



Wahai guruku
Aku tak dapat nak beri sesuatu,
Jasamu tak terbalas olehku,
Mungkin ini terlalu kecil jika dibandingkan,
Tapi ini hanya yang aku mampu,
Untuk mengukir kata-kata di bibirku,
Wahai cikguku,
SELAMAT HARI GURU...









Rabu, 5 Mei 2010

Gambar Untuk Dikenang Bersama

Memori manis yang lepas adalah sesuatu yang indah untuk dikenang, apatah lagi bersama teman-teman dan para guru tercinta bersama dalam persada perjuangan ilmu. Lihatlah dan imbaulah kenangan. Masa lepas takkan dapat diulang kembali, cuma gambar sahaja akan menjadi bukti dan tatapan untuk masa depan.

Barisan para guru yang berjuang dalam perjuangan dalam memartabatkan anak bangsa.




Selasa, 4 Mei 2010

Banyak Kenangan

Kami membawakan anda kenangan manis untuk dikenang kembali, ayuh hantar gambar anda yang berkaitan dengan SEMASA/SMKSA ke blog ini. Memeriahkan memori yang terdahulu...


Memori yang manis saat bersama dengan teman seperjuangan..

5 Ibnu Sina tahun 2007, cari wajah anda... =)

Barisan pengawas harapan sekolah.

Salam Maaf Daripada Admin


Assalamualaikum w.b.r. dan salam sejahtera.
Pertama sekali admin blog ini, SAIL ingin meminta maaf di atas menyepi sekian lama. Ini kerana kesibukan sebagai siswa  dan siswi  menyebabkan blog ini tidak dikemaskini buat satu tempoh yang lama (dua bulan).

Jadi buat pembaca, kami kembali untuk memeriahkan kembali blog ini. Sesuai dengan tema blog SEMASA-SAIL ini, Bersama Mengenang Memori Indah, kami akan membawa sekalian anda menyusuri kenangan indah yang telah anda ukirkan di sekolah bernama SMK Sultan Abdullah ini.

Salam sejahtera daripada kami, buat sekalian bekas warga dan warga kini SEMASA/SMKSA. Moga hidup anda dilimpahi rahmat Tuhan sentiasa.