AMANAT UNTUK ANAK WATAN

"Wahai anak-anak bangsa, perjuangan kalian bersama tanggungjawab besar baru bermula maka tetapkanlah hati, kuatkan azam dan semangat, luruskan niat, sesungguhnya kalian adalah harapan kami di SEMASA dan SAIL, harapan Ummah, harapan ibubapa kalian dan harapan ibu pertiwi. Bangunlah untuk kesejahteraan, jangan mundur ke belakang dan jangan sesekali berputus asa, kami senantiasa di belakang menopang bahu-bahu kami untuk tempat berpijak kalian semua dalam meraih kejayaan"

Khamis, 25 Februari 2010

Pengumuman daripada Kamarul Ariffin, Pengerusi Bekas Pelajar SMSA SPM1992

"Ini adalah satu pengumuman daripada salah seorang bekas pelajar SEMASA/SMKSA/SMSA batch 1988-1992 untuk sekalian warga dan bekas warga SMKSA. Jadi para rakan, cikgu dan warga SMKSA, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi beliau melalui butir-butir di bawah. =)" -tinta Admin

Salam.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada pihak saudara saudari yang telah mewujudkan blog ini. Saya baru menyedari ada nya blog ini. Saya adalah salah seorang bekas pelajar SMSA dari tahun 1988 hingga SPM 1992.
Sejak beberapa tahun dulu saya dengan beberapa rakan bekas pelajar telah berusaha mengumpulkan rakan-rakan bekas pelajar yang terdiri daripada mereka yang mengambil SPM tahun 1992. Usaha kami berhasil dan kerap mengadakan pertemuan. Oleh kerana ramai diantara kami menetap di lembah kelang, kebiasaan nya pertemuan dibuat disekitar lembah kelang selain pertemuan semasa hari raya di kampung. Setakat ini kami dapat kumpulkan sekitar 1/3 dari keseluruhan pelajar tahun tersebut. Pelbagai aktiviti juga telah dirancang dan telah dijalankan. Oleh kerana kebanyakan dari kami telah pun berumah tangga, pertemuan atau aktiviti yang kami anjurkan lebih kepada aktiviti keluarga. Pertemuan sebelum ini adalah di Kawasan rekriasi Sungai Congkak, Ulu Langat Selangor yang dapat mengumpulkan 15 keluarga. Untuk tahun ini kami telah menyusun program Hari Keluarga dan Reunion yang akan diadakan pada 6 & 7 Mac 2010 (2 hari 1 malam) bertempat di Wadi Samrah Holiday Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Kami masih membuka penyertaan kepada bekas-bekas pelajar SMSA Spm1992 yang masih belum mendaftar manakala kepada saudara- saudari dari tahun sebelum dan selepas juga dialu-alukan jika ingin menyertai sama. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang bagi memeriahkan lagi pertemuan keluarga kali ini. Kami juga amat berbesar jika pihak saudara & saudari dapat menghebahkan aktiviti ini agar dapat dikongsi bersama dengan warga SMSA atau sekarang dikenali sebagai SMKSA serta bekas- bekas pelajar, kakitangan serta guru -guru yang lain.
Disini saya sertakan rangka jadual aktiviti yang dirancang buat pengetahuan pihak saudara dan saudari. Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah hubungi saya di 013-2361001 atau email di kamarul@hydrozone.com.my

Dari
Kamarul Ariffin
Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar SMSA SPM1992


Tiada ulasan: