AMANAT UNTUK ANAK WATAN

"Wahai anak-anak bangsa, perjuangan kalian bersama tanggungjawab besar baru bermula maka tetapkanlah hati, kuatkan azam dan semangat, luruskan niat, sesungguhnya kalian adalah harapan kami di SEMASA dan SAIL, harapan Ummah, harapan ibubapa kalian dan harapan ibu pertiwi. Bangunlah untuk kesejahteraan, jangan mundur ke belakang dan jangan sesekali berputus asa, kami senantiasa di belakang menopang bahu-bahu kami untuk tempat berpijak kalian semua dalam meraih kejayaan"
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2010

Makan Malam Bersama In-Team

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.



Pada 30 Julai akan datang bersamaan dengan hari Jumaat pada pukul 8.00 P.M. akan diadakan satu Majlis Makan Malam PIBG bersama kumpulan In-Team di Dewan Ibnu Sina, SMK Sultan Abdullah.

Untuk sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Cikgu Zubir di FaceBook beliau ini atau lebih mudah silalah berjumpa dengan pihak sekolah.

Pembetulan: (Maaf)
Anda boleh berhubung dengan semua warga kerja SMK Sultan Abdullah untuk mendapatkan tiket. (Senang-senang datang je ke sekolah ^_^)

Rabu, 26 Mei 2010

Selamat Menjawab Dengan Baik

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Pada minggu ini SEMASA berada dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun. Oleh demikian kami di SAIL mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada warga pelajar SEMASA sekalian. Semoga anda semua buat yang terbaik, kami selaku senior-senior mendoakan kejayaan anda. 

Buat yang terbaik adik-adik sekalian!!!
Gambar dari blog Bakti Disemai Budi Dituai

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Hari Guru!





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sekalian guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang mengajar di SMK Sultan Abdullah.

Dalam tempoh beberapa hari lagi akan tiba satu hari di mana ia adalah hari bahagia buat sekalian guru. Hari apa kalau tak bukan Hari Guru. Hari di mana para guru dirai dan dihargai jasanya. Oleh demikian saya mewakili sekalian ahli Sahabat Ilmu (SAIL) ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru sekalian terutama sekali guru-guru di SMKSA/SEMASA.

Guru, dari tanganmu, muncul anak-anak bangsa. 

Hasil daripada cahaya yang kau beri pada mereka.



Wahai guruku
Aku tak dapat nak beri sesuatu,
Jasamu tak terbalas olehku,
Mungkin ini terlalu kecil jika dibandingkan,
Tapi ini hanya yang aku mampu,
Untuk mengukir kata-kata di bibirku,
Wahai cikguku,
SELAMAT HARI GURU...









Selasa, 4 Mei 2010

Salam Maaf Daripada Admin


Assalamualaikum w.b.r. dan salam sejahtera.
Pertama sekali admin blog ini, SAIL ingin meminta maaf di atas menyepi sekian lama. Ini kerana kesibukan sebagai siswa  dan siswi  menyebabkan blog ini tidak dikemaskini buat satu tempoh yang lama (dua bulan).

Jadi buat pembaca, kami kembali untuk memeriahkan kembali blog ini. Sesuai dengan tema blog SEMASA-SAIL ini, Bersama Mengenang Memori Indah, kami akan membawa sekalian anda menyusuri kenangan indah yang telah anda ukirkan di sekolah bernama SMK Sultan Abdullah ini.

Salam sejahtera daripada kami, buat sekalian bekas warga dan warga kini SEMASA/SMKSA. Moga hidup anda dilimpahi rahmat Tuhan sentiasa.

Khamis, 25 Februari 2010

Tentatif Hari Keluarga dan Reunion 6-7 Mac 2010

TARIKH : 6 MAC 2010
8.30AM : Berkumpul di kawasan rehat Genting Sempah
9.30AM : Bertolak dari Genting Sempah ke Wadi Samrah Resort
10.00AM : Sarapan (Masing-masing bawa dari rumah, kumpulkan dan sarapan bersama).
11.00AM : Simpan barang-barang mengikut tempat yang telah ditetapkan, aktiviti bebas
12.00PM : Penyediaan makan tengah hari bersama
1.30PM : Solat Zohor ( Surau dalam kawasan resort)
2.00PM : Makan tengah hari bersama
3.00PM : Aktiviti bebas, melawat kawasan resort (6 hektar) mandi kolam renang atau anak sungai
7.00PM : Tempat mainan kanak-kanak, karaoke, memancing dan sebagainya, solat Asar, minum petang.
7.30PM : Solat Maghrib bersama
8.00PM : Penyediaan makan malam- BBQ ( Berhampiran kolam renang dan karaoke)
8.30PM : Solat Isyak
9.00PM : Menikmati makan malam- BBQ, karaoke.
12.00AM

TARIKH : 7 MAC 2010
7.00AM : Penyediaan sarapan
8.00AM : Sarapan bersama
9.00PM : Sukaneka
12.00PM : Penyediaan makan tengah hari bersama
1.30PM : Solat Zohor
2.00PM : Makan tengah hari bersama
3.30PM : Acara penyampaian hadiah dan cenderahati
4.30PM : Berkemas pulang


ACARA SUKANEKA YANG DIRANCANG
DALAM RESORT

Kanak-kanak 2-3 tahun (L)(P) Rebut gula-gula,
Kanak-kanak 4-6 tahun (L)(P) Rebut duit shilling dalam tepung, rebut kerusi bermuzik,
Kanak-kanak 7-12 tahun(L)(P) Rebut duit shilling dalam tepung, rebut kerusi bermuzik, tiup belon sampai pecah,
Wanita ( kaum ibu ) Tiup belon sampai pecah,
Lelaki (Bapa) Tiup belon sampai pecah,

ACARA PADANG

Kanak-kanak 4-6 tahun (L)(P) Bawa bola pinpong dengan sudu guna tangan . Bawa belon berisi air.
Kanak-kanak 7-12 tahun (L)(P) Bawa bola pinpong dengan sudu guna mulut. Baling belon berisi air berpasangan
Ibu dan bapa Bawa bola pinpong dengan sudu guna mulut berpasangan (berganti-ganti),Baling belon berisi air berpasangan,

Pengumuman daripada Kamarul Ariffin, Pengerusi Bekas Pelajar SMSA SPM1992

"Ini adalah satu pengumuman daripada salah seorang bekas pelajar SEMASA/SMKSA/SMSA batch 1988-1992 untuk sekalian warga dan bekas warga SMKSA. Jadi para rakan, cikgu dan warga SMKSA, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi beliau melalui butir-butir di bawah. =)" -tinta Admin

Salam.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada pihak saudara saudari yang telah mewujudkan blog ini. Saya baru menyedari ada nya blog ini. Saya adalah salah seorang bekas pelajar SMSA dari tahun 1988 hingga SPM 1992.
Sejak beberapa tahun dulu saya dengan beberapa rakan bekas pelajar telah berusaha mengumpulkan rakan-rakan bekas pelajar yang terdiri daripada mereka yang mengambil SPM tahun 1992. Usaha kami berhasil dan kerap mengadakan pertemuan. Oleh kerana ramai diantara kami menetap di lembah kelang, kebiasaan nya pertemuan dibuat disekitar lembah kelang selain pertemuan semasa hari raya di kampung. Setakat ini kami dapat kumpulkan sekitar 1/3 dari keseluruhan pelajar tahun tersebut. Pelbagai aktiviti juga telah dirancang dan telah dijalankan. Oleh kerana kebanyakan dari kami telah pun berumah tangga, pertemuan atau aktiviti yang kami anjurkan lebih kepada aktiviti keluarga. Pertemuan sebelum ini adalah di Kawasan rekriasi Sungai Congkak, Ulu Langat Selangor yang dapat mengumpulkan 15 keluarga. Untuk tahun ini kami telah menyusun program Hari Keluarga dan Reunion yang akan diadakan pada 6 & 7 Mac 2010 (2 hari 1 malam) bertempat di Wadi Samrah Holiday Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Kami masih membuka penyertaan kepada bekas-bekas pelajar SMSA Spm1992 yang masih belum mendaftar manakala kepada saudara- saudari dari tahun sebelum dan selepas juga dialu-alukan jika ingin menyertai sama. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang bagi memeriahkan lagi pertemuan keluarga kali ini. Kami juga amat berbesar jika pihak saudara & saudari dapat menghebahkan aktiviti ini agar dapat dikongsi bersama dengan warga SMSA atau sekarang dikenali sebagai SMKSA serta bekas- bekas pelajar, kakitangan serta guru -guru yang lain.
Disini saya sertakan rangka jadual aktiviti yang dirancang buat pengetahuan pihak saudara dan saudari. Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah hubungi saya di 013-2361001 atau email di kamarul@hydrozone.com.my

Dari
Kamarul Ariffin
Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar SMSA SPM1992